About Me

My photo
Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menyiapkan blog ini dengan baik. Tujuan blog ini dicipta untuk berkongsi maklumat dan bertukar-tukar idea dengan kawan-kawan dan juga dengan komuniti di seluruh dunia. Sebagai pelajar yang terlibat secara langsung dengan sosial, saya memerlukan banyak ilmu dan pengetahuan untuk membolehkan saya menjadi seorang kaunselor yang profesional kelak. Hal ini bertujuan untuk membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan agar dapat meneruskan kehidupan harian dengan sempurna. SEKIAN, TERIMA KASIH saya adalah seorang yang 'simple" saja. prinsip hidup mendorong saya untuk berusaha mencapai cita-cita suatu hari nanti. tiada harta tak pe, janji ada wawasan. tak pandai pun tak pe, janji ada usaha. tiada guru pun tak pe janji kita nak belajar. ilmu ada di mana-mana sahaja, cuma tinggal lagi samada kita sedar ataupun tidak dengan apa yang berlaku di sekeliling. itulah ilmu yang paling terbaik untuk kita pelajari kerana ia akan menjadi pengalaman dalam hidup kita.

Thursday, February 19, 2009


cabaran awalku sebagai bakal kaunselor..




Pada 22 Jan 2009, saya dan rakan berangkat dari UPSI ke Kelantan untuk bertemu dgn ahli keluarga sempena cuti selama seminggu perayaan tahun baru cina. Kepulangan ini dengan harapan dapat berjumpa dengan semua kakak dan abang yang masing2 lama tak jumpa disebabkan ada tugasan mereka sendiri. Namun, kali ini juga harapan ini tidak dapat dipenuhi kerana masih ada juga ahli keluarga yang tidak dapat pulang ke rumah. Hanya yang pulang ke kampung kali ini ialah kakak dan keluarganya yang menetap di johor kini. Mereka pulang bukan sekeluarga sahaja tetapi membawa pulang keluarga angkat mereka. Mungkin boleh dikatakan adik angkat suaminya kerana lelaki tersebut adalah rakan sekerja. Pada mulanya saya saya pelik dengan lelaki tersebut kerana semasa mereka sampai ke rumah saya tidak ada ketika itu. Kenapa saya kata pelik? Sebab lelaki tersebut adalah bukan melayu sejati tapi berketurunan india-cina. Bapanya adalah seorang bangsa india yang beragama hindu. Menurutnya, bapanya merupakan seorang yang panas baran dan akan melakukan apa-apa sahaja sekiranya beliau marah. Manakala ibunya pula sangat baik serta terlalu ambil berat tentang anak-anaknya. Lelaki ini telah memeluk islam selama 2 tahun dan pernah menjadi pelajar di sebuah sekolah di kuala krai, Kelantan. Nama islamnya sekarang ialah Fir (bukan nama sebenar). Fir senang dengan semua ahli keluarga saya kerana kami semua melayannya seperti ahli keluarga kami sendiri. Begitu juga dengan kedua-dua orang tua saya juga melayannya seperti anak mereka sendiri. Pada masa ini kami happy2 pergi jalan-jalan dan berkelah sebab lama tak jumpa katakan. Namun, semua ini bertukar menjadi sedih pada hari jumaat 30 januari 2009. Hal ini kerana pada hari sebelumnya iaitu hari khamis, Fir telah menerima panggilan telefon daripada Johor iaitu daripada ayah kandungnya yang sebelum ini dikenali dengan sikap panas baran. Ayahnya telah manganggapnya anak derhaka kerana beliau telah memeluk agama islam dan akan memcederakan sekiranya beliau pulang ke rumah mereka suatu hari nanti. Semua pakaian Fir di rumah keluarganya ini telah dibuang oleh bapanya kerana terlalu beliau terlalu bencikan Fir kerana telah memeluk agama islam. Fir begitu tertekan dengan semua yang berlaku kepadanya ini. Namun, semua yang telah berlaku tanpa pengetahuan saya dan juga ahli keluarga yang lain. Cuma hanya abang iapar saya sahaja yang mengetahui semua ini. Pada pagi jumaat, Fir nampak pelik kerana bangun awal pagi lagi sedangkan pada malam tersebut kami tidur agak lewat. Pada pagi itu, saya bersemangat kerana ingin berjalan-jalan dengan rakan yang telah lama tidak berjumpa di pandai Irama. Setelah bangun dari tempat tidur, saya lihat Fir melentang. Apa yang saya fikirkan Fir sedang nyenyak tidur dan saya terus ke bilik air untuk mandi. Setelah siap semua saya ingin keluar ke pantai tersebut kerana rakan telah menunggu saya di sana, namun sebelum saya keluar daripada bilik tidur itu, saya terpandang wajah Fir yang mana mulutnya telah dipenuhi dengan buih-buih putih. Apabila saya kejutkan, Fir telah tidak sedarkan diri kerana telah meminum minyak urut yang diperbuat daripada belalang dewa. Peristiwa ini telah mencemaskan kami sekeluarga kerana pelbagai kemungkinan yang telah kami fikirkan. Tanpa membuang masa kami terus membawanya ke hospital. Sepanjang perjalanan ke hospital, kami sekeluarga tidak berputus-putus berdoa kepada yang maha Esa agar tidak terjadi apa-apa kepada Fir. Hal ini kerana sekiranya Fir telah pulang awal disebabkan peristiwa tu, kami sekeluarga tidak akan aman dan mesti banyak masalah akan muncul kerana peristiwa tersebut berlaku di rumah kami. Setelah tiba di Hospital Tengku Anis Pasir Puteh, Dr. telah mengarahkan staf lain supaya membawa Fir ke Hospital Kubang Kerian. Alhamdulillah…..kami boleh menarik nafas lega kerana Fir berjaya diselamatkan setelah 3 hari berada di hospital tersebut. Setelah pulang ke rumah, kami sekeluarga telah memberikan sokongan moral untuknya. Jadi, pada masa itu saya telah menggunakan seberapa yang boleh tentang ilmu tang saya pelajari dalam kaunseling walapun ia tidak dilakukan secara formal kerana harapan saya dan keluarga supaya Fir dapat hidup tenang walaupun beliau terpaksa menempuhi kehidupan tidak seperti hari dulu lagi. Semasa beliau ingin pulang ke Johor, saya dapati Fir mula celik dan sedar dengan apa yang berlaku kepada dirinya. Beliau telah mengambil keputusan untuk berpisah dengan keluarganya dan menetap dengan kawan yang mampu membimbingnya ke arah jalan yang benar. Inilah cabaran awal yang telah saya lalui sebagai  bakala seorang kaunselor. Dengan ilmu yang serba kekurangan ini, saya tiada pilihan lain melainkan menghadapinya kerana semua ini telah berlaku di depan mata saya sendiri. Saya percaya suatu hari nanti apabila berada di seting kerja saya akan menghadapi lebih banyak lagi cabaran. Jadi, sekarang saya tidak mahu memikirkan cabaran itu sesuatu masalah namun saya ingin memikirkan cabaran itu adalah satu anugerah kepada saya untuk menyelesaikan masalah yang sama sekiranya berlaku pada masa akan datang.

No comments:

Post a Comment