About Me

My photo
Bachok, Kelantan Darul Naim, Malaysia
Assalamualaikum dan selamat sejahtera Alhamdulillah, syukur kehadrat ilahi kerana dengan izin-Nya saya telah berjaya menyiapkan blog ini dengan baik. Tujuan blog ini dicipta untuk berkongsi maklumat dan bertukar-tukar idea dengan kawan-kawan dan juga dengan komuniti di seluruh dunia. Sebagai pelajar yang terlibat secara langsung dengan sosial, saya memerlukan banyak ilmu dan pengetahuan untuk membolehkan saya menjadi seorang kaunselor yang profesional kelak. Hal ini bertujuan untuk membantu insan-insan yang memerlukan pertolongan agar dapat meneruskan kehidupan harian dengan sempurna. SEKIAN, TERIMA KASIH saya adalah seorang yang 'simple" saja. prinsip hidup mendorong saya untuk berusaha mencapai cita-cita suatu hari nanti. tiada harta tak pe, janji ada wawasan. tak pandai pun tak pe, janji ada usaha. tiada guru pun tak pe janji kita nak belajar. ilmu ada di mana-mana sahaja, cuma tinggal lagi samada kita sedar ataupun tidak dengan apa yang berlaku di sekeliling. itulah ilmu yang paling terbaik untuk kita pelajari kerana ia akan menjadi pengalaman dalam hidup kita.

Friday, February 13, 2009

TERSENYUMLAH...

Tertawa yg wajar bagai balsam bagi kekacauan dan krim bagi kesedihan. Pengaruhnya sangat kuat sekali untuk membuat jiwa bergembira dan hati berbahagia. Lebih dari itu kerana itu Abu Darda sempat berkata : '" Sesungguhnya aku akan tertawa untuk membahagiakan hatiku. Dan Baginda Rasulullah sendiri sesekali tertawa hingga nampak gerahamnya. Begitulah tertawanya orang- orang yang berakal dan mengerti tentang penyakit jiwa serta pengubatannya."

Tertawa merupakan kemuncak kegembiraan, puncak paling tinggi keriangan dan hujung segala sukacita. Tetapi yang demikian itu adalah tertawa yg tdk berlebihan sebagaimana yg dikatakan dalam pepatah " Janganlah engkau banyak tertawa, sebab banyak tertawa itu mematikan hati." Dengan kata lain, tertawalah sewajarnya sahaja sebagaimana dikatakan juga dalam pepatah yang menyebut " Senyummu di depan saudara- saudaramu adalah sedekah." Bahkan tertawalah sebagaimana Nabi Sulaiman ketika mendengar kata- kata semut:

" Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata- kata semut itu." ( Surah An- Naml: 19)

Senyuman tdk akan ada harganya kalau tidak terbit dari hati yang ikhlas dan tabiat semulajadi seorang manusia. Setiap bunga tersenyum,hutan tersenyum, sungai dan laut juga tersenyum. Langit, bintang dan burung- burung, semuanya tersenyum. Dan manusia, sesuai sahsiah semulajadinya adalah makhluk yg suka tersenyum.

No comments:

Post a Comment